Member access

4-Traders Homepage  >  News

News

Latest NewsCompaniesMarketsEconomy & ForexCommoditiesHot NewsMost Read NewsRecomm.Business LeadersVideosCalendar 

Perlantikan Utama di Kumpulan Media Prima Berhad

10/13/2011 | 02:35am US/Eastern

PETALING JAYA, 13 Oktober 2011 – Media Prima Berhad (MPB) hari ini mengumumkan beberapa perlantikan kepada jawatan pengurusan kanan Kumpulan:-
1. En. Mohammad Azlan Abdullah, sebagai Ketua Pegawai Operasi, The New Straits Times Press (M) Berhad (“NSTP”) dan juga bakal pengganti kepada YBhg. Dato’ Anthony Firdauz Bujang sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, NSTP. Mohammad Azlan, yang telah berkhidmat dengan Big Tree Outdoor Sdn. Bhd. (“BTO”) sejak penubuhannya dan juga sebahagian daripada barisan pengurusan kanan MPB, telah memainkan peranan penting di dalam perkembangan dan pertumbuhan Kumpulan MPB. Dengan memegang jawatan baru beliau di NSTP, Mohammad Azlan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di BTO;
2. En. Abdul Jalil Hamid sebagai Pengarah Editorial Kumpulan, NSTP, menggantikan YBhg. Dato’ Zainul Ariffin Mohamed Isa. Abdul Jalil akan mengetuai operasi berita dan editorial di NSTP, yang merangkumi The New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro and e-media NSTP. Abdul Jalil mempunyai pengalaman lebih 25 tahun sebagai wartawan, termasuk 18 tahun sebagai koresponden luar negara dan penolong ketua biro di Reuters, sebuah agensi berita global. Beliau juga mempunyai kemahiran di dalam bidang komunikasi strategik dan pengurusan media;
3. YBhg. Dato’ Zainul Ariffin Mohamed Isa akan memikul dua tanggungjawab baru sebagai Pengarah Editorial, e-media NSTP dan Ketua, Jabatan Media Baru, MPB. Beliau akan melepaskan jawatannya kini sebagai Pengarah Editorial Kumpulan, NSTP. Sebagai Ketua, Jabatan Media Baru di MPB dan melapor terus kepada Pengarah Urusan Kumpulan, MPB, beliau akan mengetuai pengembangan dan operasi unit-unit media baru MPB;

4. YBhg. Datuk Mohd Ashraf Abdullah, sebagai Timbalan Pengarah Editorial Kumpulan, Rangkaian Televisyen dan Radio MPB, yang bertanggungjawab terhadap operasi dan editorial TV3, ntv7, 8TV, TV9, Hot FM, Fly FM dan One FM. Datuk Ashraf memulakan karier di dalam bidang kewartawanan dengan menyertai The New Straits Times pada 1988. Beliau meninggalkan NSTP pada 2004 dan menjadi Pengurus Besar, Perhubungan Korporat di Golden Hope Plantation Bhd. Datuk Mohd Ashraf kemudiannya menyertai MPB sebagai Editor Kumpulan TV3 pada 2009; dan
5. Mr. Jeff Cheah See Hong, sebagai Ketua Pegawai Operasi, BTO, yang mengetuai operasi di BTO, manggantikan Mohammad Azlan. Jeff Cheah telah berkhidmat bersama BTO sejak 2002 dan jawatannya sebelum ini adalah Pengurus Besar Jualan. Beliau memainkan peranan penting di dalam pertumbuhan dan perkembangan BTO dan juga Bahagian Periklanan Luar MPB.
Kesemua perlantikan tersebut di atas adalah berkuatkuasa 15 Oktober 2011.
Dengan dukacitanya juga MPB ingin mengumumkan:-

a. Selepas berkhidmat selama 12 tahun bersama Kumpulan MPB, YBhg. Dato’ Anthony Firdauz Bujang, akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, NSTP, bagi meneruskan impian peribadi beliau dan cabaran baru di luar Kumpulan MPB. Beliau telah bersetuju untuk terus berada di NSTP sehingga tamat kontrak perkhidmatannya pada bulan Disember 2011. Dato’ Anthony telah memainkan peranan yang begitu penting di dalam perubahan menyeluruh Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (“TV3”) dan NSTP. Beliau bertanggungjawab di dalam merangka strategi dan memacu transformasi di NSTP, yang menyaksikan peningkatan keseluruhan pencapaian syarikat; dan
b. Puan Farisha Pawanteh akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi, Primeworks Studio Sdn. Bhd. (“Primeworks”) berkuatkuasa 31 Oktober 2011, berikutan perlantikan beliau sebagai pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan. Beliau telah berkhidmat bersama Kumpulan MPB sejak 2005 dan bertanggungjawab terhadap kejayaan penjenamaan semula TV3 dan memainkan peranan penting di dalam penubuhan Primeworks.

Perlantikan bahagian editorial ini merupakan usaha MPB untuk memperkukuhkan operasi editorialnya, dengan memberi tumpuan kepada media alternatif seperti produk-produk atas talian, mudah alih dan yang berkaitan.
Menurut Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi of MPB, “Perlantikan operasi editorial ini melambangkan komitmen kami bagi memastikan operasi berita dan editorial kekal efektif dan relevan di dalam lanskap media yang sentiasa berubah.
“Perlantikan Mohammad Azlan dan Jeff Cheah membuktikan perancangan pewarisan jawatan yang kukuh, bagi memastikan peralihan tanggungjawab dan operasi yang lancar masing-masing, di NSTP dan BTO,” tambah beliau.
Dato’ Amrin Awaluddin, Pengarah Urusan Kumpulan, MPB berkata, “Bagi pihak MPB, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Dato’ Anthony kerana dedikasi dan sumbangan beliau semasa berkhidmat di MPB. Beliau juga bertanggungjawab di dalam merangka strategi dan memacu transformasi di NSTP, dan peningkatan di dalam pencapaian syarikat.”
“Dato’ Anthony meninggalkan NSTP kepada pasukan yang dinamik dan berkebolehan. Sepanjang tempoh peralihan ini, beliau akan bekerja rapat dengan Mohammad Azlan dan Abdul Jalil bagi memastikan gangguan minima terhadap bisnes dan operasi NSTP. Perlantikan Jeff Cheah pula memastikan kesinambungan strategi bisnes dan operasi BTO,” tambah Dato’ Amrin.
MPB merupakan syarikat media bersepadu yang terbesar di Malaysia, dengan keseluruhan jangkauan kira-kira 23 juta orang sehari melalui platform-platform medianya. Perlantikan-perlantikan ini akan mengukuhkan lagi kewujudan dan kedudukan MPB sebagai syarikat media bersepadu yang unggul dalam negara.
- tamat –
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Media Prima Berhad di talian 603 – 7726 6333
Mastura Adnan at mastura@mediaprima.com.my/ ext. 3302 atau
www.mediaprima.com.my / http://twitter.com/MPBtalk
Mengenai Media Prima
Media Prima Berhad (Media Prima), syarikat yang disenaraikan dalam Papan Utama Bursa Malaysia, adalah sebuah kumpulan pelaburan media bersepadu terkemuka di Malaysia. Media Prima kini memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam TV3, 8TV, ntv7 dan TV9. Media Prima juga memiliki lebih daripada 98 peratus kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, salah sebuah kumpulan penerbitan terbesar di Malaysia yang menerbitkan akhbar-akhbar terkemuka seperti News Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.
Media Prima juga memiliki tiga buah stesen radio iaitu, Fly FM, Hot FM dan One FM. Kepentingan lain berasaskan media bagi Media Prima adalah dalam bidang penerbitan karya; pengurusan acara dan bakat.

Kedudukan kumpulan ini sebagai peneraju dalam bidang pengiklanan luar adalah melalui Big Tree Outdoor Sdn Bhd, UPD Sdn Bhd, The Right Channel Sdn Bhd, Kurnia Outdoor Sdn Bhd dan Jupiter Outdoor Network Sdn Bhd.

Kumpulan ini juga telah mengembangkan sayapnya ke platform media baru melalui Alt Media, dengan pelancaran portal internet gaya hidup, gua.com.my dan Tonton.com.my, video portal baru yang canggih dengan kemampuan definisi tinggi (HD) yang menawarkan kebebasan memilih kandungan secara individu dan rangkaian sosial yang interaktif. Emas, adalah saluran retro pertama di Malaysia yang menyiarkan program-program TV popular produksi Media Prima yang boleh ditonton melalui TV Internet Protokol (IPTV) di HyppTV, Unifi TM.

React to this article
Latest news
Date Title
10:11p SIMS METAL MANAGEMENT : Announces Organisational Change in Australia & New Zealand Metals
10:08p ADA : Longtime Idaho disability-rights leader calls Capitol ADA settlement 'bittersweet'
10:06p NCKU Professor Gives a Talk on Medieval Apocalyptic Imagination
10:05p BUFFALO WILD WINGS : will anchor the new City Center Plaza restaurants (BRIEF)
10:05p GARDEN CITY NPV : Primary Health to open Garden City urgent-care clinic
10:05p HARLEY DAVIDSON : BRIEF: Eagle man injured in motorcycle crash near McCall
10:05p PRIMECARE SYSTEMS : Utah man convicted of helping Lehigh jail doctor evade debt and taxes
10:05p 9187669 CANADA INC. : Successfully Completes and Extends Offer for Hartco Inc.
10:00p CUE ENERGY RESOURCES : Requisition Notice Removal of Directors
10:00p UNICEF UNITED NATIONS CHILDREN FUND : A rush to help Burundi’s refugee children in Tanzania
Latest news
Advertisement
Hot News 
NETSCIENTIFIC : PDS Biotechnology reports positive Phase I results
RALLY SOFTWARE DEVELOPMENT : C O R R E C T I O N -- Bronstein, Gewirtz & Grossman, LLC/
MARIMEDIA : Business and Trading Update
ASIAN BAMBOO A PETITION FOR INSOLVENCY PROCEEDINGS WILL BE FILE : Asian Bamboo AG: A petition for insolvency proceedings will be filed (DGAP Adhoc)
ONE HORIZON : Aishuo App Now Supporting Chinese Mobile Payment Platforms; China UnionPay, Alibaba's Alipay and Tencent's Wechat Wallet
Most Read News
08:50p Airbus debates new A320 output hike, suffers test glitch
06:04p U.S. Congress sets hearing on Takata, automakers expand recalls
08:03pDJFederal Investigators Blame Shell for Alaska Drill-Ship Accident
07:49p ALIMENTATION COUCHE TARD : prices $700 million offering of senior unsecured notes
07:56p PLAINS ALL AMERICAN PIPELINE : California senators criticize response to coastal oil spill, say actions 'insufficient'
Most recommended articles
09:56p China stocks extend selloff, keep Asia in check
09:35pDJNew Zealand ANZ May Business Confidence +15.7%; April +30.2%
09:19pDJScandal in World Soccer Pressures Sponsors
09:03pDJNTSB Blames Shell for Alaska Ship Accident -- Update
09:02pDJLenovo Group Plans to Issue Yuan-Denominated Bonds